Masih wujud.

Assalamualaikum, 21 September 2016 at 00:35 a.m. Here we go, talk about sejenis spesis manusia yang masih wujud di abad 21 ni. Aku dengar cerita ni dari salah seorang yang aku kenal. Luahan hati dia lah kiranya, bukan nak memburukkan mana mana pihak ataupun sesiapa. Cuma untuk menjadikan peringatan buat aku dan sesiapa sahaja yang baca entry kali ni.

Masih ada lagi orang yang jenis sanggup berhabis duit untuk 'boyfriend' atau 'girlfriend' dia semata mata. Kononnya nak sambut happy anniversary, happy monthsary lah bagai. Lepas tu tak ada duit, minta pinjam dekat someone ni. Hello, he's/she's belum tentu jodoh kau untuk habiskan duit sampai tak makan apa semua, lepas tu menyusahkan orang lain. Banyak lagi cara kau nak tunjuk kau appreciate someone yang kau sayang without using a money, unless kalau perempuan tu memang jenis materiality. Usually siapa tak suka bila ada orang celebrate kita, even for our birthday. Mestilah excited. Terharu dan sebagainya (I'm not included with this kind of people yang suka semua orang celebrate birthday dia, just a few people yang aku rapat aku rasa cukup sekadar wish birthday pun aku dah okay). I love to celebrate people, make them feel how the feeling of being appreciated by someone. Sebab aku pernah rasa tak dihargai, dan aku tak nak buat orang yang aku kenal rasa benda yang sama. Kalau ada rezeki lebih, I'll treat them on their birthday, even sometimes kalau aku rasa nak bagi something, aku akan bagi. Not for someone special, but untuk sesiapa je yang aku kenal.  Tapi kalau time aku tak ada duit taklah aku belanja, aku pun still study. But, bila aku kata aku akan belanja, then I'll and, I'm truly sorry sebab aku bukan jenis yang ingat birthday orang. I've nobody after my family (including my cousin), jadi tak salahkan kalau aku nak berbuat baik dengan orang luar (actually kita saudara seagama). Cuma aku harap orang tak expect aku untuk buat diorang selalu happy, cause sometimes I can be really talkative, and sometimes I can be very quiet until I'm not even want to reply a message, or having a time with some of you. So, back to the story yang masih wujud orang macam tu. Aku harap, kau buat apa yang kau mampu. Bak kata kawan aku, tak perlu nak bergolok gadai and at last kau merugikan diri sendiri. Lagi lagi buat orang yang belum tentu jodoh kau.

Wallahi, cinta sebelum nikah itu akan menyebabkan kepedihan yang akan berulang. Cinta bukan sekadar bahagia bila adanya wang ringgit (agak cliché kan, but still jangan lah pulak sampai miskin yang boleh mendatangkan murka Allah sehingga berbuat perkara mungkar, tambahan Rasulullah s.a.w sendiri tidak suka meminta minta). Cinta juga bukan sekadar memenuhi nafsu, cinta jika sekadar rupa, rupa juga akan berubah dimamah dek usia. Cinta bukan sekadar aku suka dia, dan dia suka aku. Cinta adalah salah satu jalan untuk kita belajar lebih mencintai pada yang mencipta, cinta yang lebih mendekatkan diri kita denganNya, sebab bukankah itu tujuan kita pada akhirnya ? Hidup bahagia kekal hingga ke Syurga ?

Jadi jangan jadi macam orang yang masih wujud di masa lalu, jadi orang yang wujud dimasa sekarang dengan tidak merugikan wang dan ringgit pada yang bukan tempatnya. Jadi baik, tetapi bukan bebal. Baik pada semua, bukan sekadar pada bakal suami/isteri yang belum sah menjadi masa depanmu. Berbuat baik pada manusia dengan menganggap mereka semua sebgai teman temanmu. Jom jadi baik yang tidak menyebalkan.
penuh cinta,
dillazainal.


Popular posts from this blog

final exam around the corner.

Things now.

semakin pulih.