Posts

Showing posts from October, 2016

Smile is easy rather than explaining why I'm sad.

Kalau diri sendiri tak bahagia, sekurang kurangnya dapat membahagiakan orang lain pun. Cukuplah. Tambahan pula, bahagia atau tidak itu pilihan yang terletak pada diri sendiri. Bahagia yang bukan meletakkan syarat dengan aku harus memiliki apa yang aku mahu itu, baru aku bahagia. Tetapi, seharusnya dengan mensyukuri dengan apa yang aku punya, maka dengan itu. Bahagia akan sentiasa ada. Aku, yang pernah menjadi orang yang melihat apa yang aku tak punya dan selalu merasakan aku tak bahagia. Kemudian pernah tak menghargai orang sekeliling. Hari ini, ingin menjadi orang yang peduli tentang orang lain. Ingin menjadi baik dan tidak kejam, ingin belajar untuk mencintai walaupun aku tahu mungkin sekarang bukan masa yang sesuai. Tetapi sekurangnya aku mencuba, untuk mencintai seorang lelaki. Tidak susah. Tetapi untuk memiliki itu mungkin tak akan pernah. Sentuh soal memiliki, aku selalu sedar bahawa diri kita bukan hak milik sendiri, maka untuk memiliki orang lain itu bagaimana ? Tak mungkin.