Tuesday, 20 September 2016

Don't trust me.

"Ibu, kenapa setiap kali orang nak tipu Ibu dengan ayah mesti sakit perut. Susahlah macam ni".

"Baguslah" - Ibu.

Itu cuma intro. Tajuk entry kali ni, "Don't Trust Me".

Ya, jangan percaya aku. Apa aku cakap, tak semua kau perlu percaya, terutamanya bila sesuatu tu berkait rapat dengan perasaan aku.

Ada sesetengah perkara bila aku kata okay, sebernanya aku tak okay. Aku tahu, manusia bukan Tuhan yang boleh faham hati kita bila kita tak terus terang, cuma kadang aku rimas, dan bosan nak jelaskan kenapa aku tak suka dan paling tak suka, bila aku cakap aku tak okay, aku tak nak dan bla bla bla yang clash dengan kehendak orang sekeliling aku, diorang mulalah nak merajuk, nak dipujuk, nak buat muka kesian, nak cakap itu, nak cakap ini. Aku malas. Aku rimas. So, instead of terus terang dengan orang yang jenis nak ikut kepala dia ni. Aku pilih untuk diam. Sebab malas nak layan. Jadi. In a nutshell, haha. Kalau kau betul kenal aku, kau takkan minta aku buat benda yang aku tak suka. Aku minta maaf bila aku tak boleh jujur dengan orang sekeliling aku, sebab aku sendiri tak boleh jujur dengan diri aku. And, one more thing. Aku paling susah untuk cakap tak. Jadi, kalau kau rasa nak ambil kesempatan atas semua perkataan 'okay' aku. Aku harap kau kesian dekat aku yang terpaksa menipu diri aku sendiri. There's a reason why I'm to scared to hurt people, because I've hurted someone who I love so much as my family. And I'm not really kind as people said, if you could see what my mind said every time I against you in silences, you couldn't imagine that I can be worst more than you've never thought. So please, jangan letak expectation tinggi sangat untuk orang macam aku penuhi semua kehendak kau. Aku sendiri tak pernah penuhi kehendak aku sendiri, aku tak mungkin dapat penuhi kehendak kau. Minta pada Tuhan agar kau boleh jumpa orang yang lebih baik dari aku. Sebab aku masih dengan masa lalu.

penuh cinta,
dillazainal.