Alhamdulillah, MAYBANK PROTEGE

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah. Syukur pada Allah dengan segala nikmat yang Allah pinjamkan. Lama tunggu untuk dapat panggilan kerja ni, even though this offer is just as a Protege. InshaAllah I'll do my best to learn something. Banyak hal untuk diceritakan, cuma masa tidak begitu mengizinkan. Sebab esok, 20th May 2019. Aku akan mula register untuk training di Maybank Academy. I hope that everything went well walaupun sejujurnya sedikit takut sebab dah lama dalam comfort zone untuk tak berhadapan dengan orang baru, tidur sendiri. Selepas duduk rumah sewa, aku cuma banyak habiskan masa dengan Adele. Maybe sekarang aku dah perlu belajar untuk mandiri. Iyalah, dilla yang dulu kuat untuk berdiri sendiri. Tak takut untuk buat kerja sendiri, bergerak sendiri, semuanya sendiri, tanpa perlu beritahu dan ambil tahu setiap masa tentang orang lain pada setiap masa, sehingga lupa keinginan diri. Banyak hal yang aku belajar dari awal tahun 2019 ini, banyak juga cerita yang ingin aku kongsi. Mungkin bila ada kelapangan masa, aku akan kongsikan sedikit tentang rasas rasa yang melewati hari hari aku sejak akhir ini. Cerita cerita bahagia, pengajaran, duka dan segalanya aku akan cuba kongsikan. Dan perkongsian itu, bukan untuk meminta simpati, cuma mahu berkongsi. Tidak kisah jika ada yang tak sudi untuk membacanya, kerana memang blog ini sekadar alam maya tempat aku meluah rasa.

Assalamualaikum,
Cinta, kasih dan sayang dari dilla seorang.
Selamat malam.

Comments

Popular posts from this blog

final exam around the corner.

Things now.

semakin pulih.